‘Kenyang’ makan penendang


Kuala Lumpur: Seorang peragut cedera parah di kepala dan badan selepas dibelasah orang ramai ketika cuba meragut seorang wanita di Batu 3 1 /2, Jalan Sungai Besi, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa dikatakan sedang membonceng motosikal bersama abangnya menghala ke pusat ibu kota. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abd Rahim Hamzah Othman berkata, mangsa bagaimanapun dihampiri suspek yang menunggang motosikal dan berpura-pura bertanya arah jalan ke Kajang.

Menurutnya, dua lagi rakan suspek dikatakan muncul mendadak dari arah belakang sebelum meragut rantai leher mangsa.  

“Malangnya, rantai emas yang putus itu tersangkut pada baju mangsa menyebabkan ketiga-tiga suspek marah sebelum melanggar motosikal ditunggang mangsa.