Neelofa Kunci Mulut


Pelakon dan pengacara, Neelofa mengunci rapat mulutnya tentang gosip yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan kerabat Diraja. Menerusi beberapa akhbar tempatan, Lofa menegaskan dia enggan ditemuramah dan meminta diberi ruang.

Walau bagaimanapun, Lofa tidak pula menafikan tentang gosip tersebut. Malah, Lofa dilihat memuatnaik beberapa gambar keratan doa di akaun Instagram miliknya yang meminta petunjuk daripada Allah SWT. Walaupun tidak dijelaskan secara terang tentang tujuan Lofa memuatnaik gambar doa itu, ramai peminat menganggap Lofa sedang berkira-kira untuk menerima pinangan kerabat tersebut ataupun tidak.

Sejauh mana kebenaran gosip ini tidak dapat dipastikan walaupun ada pihak yang secara terang-terangan menyebarkan berita bahawa kerabat yang dikatakan bakal memperisterikan Lofa adalah Sultan Kelantan.

Dikhabarkan Baginda Sultan telah berpisah dengan isterinya dan kini mahu menyunting Lofa menjadi permaisurinya.

Berita ini akan terus menjadi teka-teki sehingga tuan punya badan sendiri membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar. Sama ada bertemu jodoh dengan kerabat mahupun orang kebanyakkan, sudah tentu peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat Lofa.