KOTA BHARU: Tiada istilah ‘Kumpulan Maut’ buat Harimau Malaya meskipun
diundi bersama-sama juara bertahan Singapura dan juara tiga kali,
Thailand pada saingan bola sepak Piala Suzuki AFF 2014 dari 22 November
sehingga 20 Disember di Singapura dan Vietnam.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata semua pasukan yang diundi dalam kumpulan berkenaan mempunyai kekuatan sama rata.

“Walaupun kita diundi bersama Singapura dan Thailand, namun pada saya
tiada istilah ‘Kumpulan Maut’ dalam kejohanan. Semua pasukan ada
kelebihan masing-masing.
“Bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil mudah keupayaan pasukan lawan, apa yang penting kita fokus dan memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Awam (PPSPA) Negeri Kelantan bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Afandi berkata FAM yakin skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh mampu mencipta kejutan kepada semua pasukan pada kejohanan itu.
Dalam perkembangan lain, Afandi menyokong penuh pelantikan Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai bendahari baharu badan induk bola sepak negara itu.
“Saya yakin pengalaman dimiliki beliau mampu memperkasa lagi pengurusan kewangan FAM. Tambahan dia juga akauntan bertauliah serta pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) dan Timbalan Presiden BAM (Persatuan Badminton Malaysia),” katanya. - BERNAMA