Penyanyi Alif Satar telah pun mengesahkan yang dia bakal bernikah dengan
tunangnya pada 15 September nanti. Berita gembira ini telah disahkan
sendiri oleh penyanyi berusia 24 tahun ini pada sidang media
memperkenalkan single terbarunya yang berjudul 'Setiap Hari' di pejabat
Sony Music.
Maklumat awal turut mengatakan bahawa pasangan ini akan dinikahkan pada jam 11 pagi dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja. Ini adalah kerana bagi menghormati keputusan kedua-dua belah pihak keluarga yang ingin majlis tersebut diadakan secara tertutup.
Majlis resepsi pula akan diadakan pada 20 September dan akan dihadiri oleh pihak media termasuklah semua yang dijemput hadir. Dalam masa yang sama, Alif turut memaklumkan yang dia telah bersedia untuk memasuki alam perkahwinan dan berharap agar semua perkara dapat berjalan lancar.
Pelantun lagu 'Akhiri Penantianku' ini amat gembira dan teruja dengan keputusan yang telah diambil. Malah selama empat tahun berkenalan dengan Shadila Halid, bakal isterinya itu cukup istimewa di mata beliau selain sentiasa menceriakan dan mewarnai hidup penyanyi ini.
Khas buat peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan persiapan perkahwinan Alif Satar, anda boleh mengikuti laman sosial Instagram @alifsatar .