Kuala Terengganu: Kempen memboikot produk atau perkhidmatan yang ada
kaitan dengan Israel, perlu dilakukan secara profesional dan rasional,
bukan berlandaskan emosi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan
merosakkan harta benda.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata pihak yang memboikot atas rasa prihatin terhadap penderitaan penduduk Gaza, tetapi menjejaskan ketenteraman awam dan merosakkan harta benda, akan dikenakan tindakan.

Mengulas insiden beberapa individu membaling batu ke restoran
makanan segera, McDonald’s cawangan Dungun kelmarin, beliau berkata,
setakat petang semalam, polis belum menerima sebarang laporan mengenai
demonstrasi itu.
Tindakan nyata bantahan perlu profesional
“Tak salah nyatakan bantahan dan boikot produk yang ada kaitan dengan Israel, tapi perlu dilakukan secara profesional, tidak melakukan tindakan yang boleh menjejas, membahaya serta menyusahkan orang lain dan melanggar undang-undang,” katanya ketika dihubungi BH semalam.
Wan Abdul Aziz juga mengingatkan pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan supaya mengemukakan notis kepada polis supaya pihak berkuasa boleh memantau dan bersedia sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Insiden takutkan pelanggan
Sementara itu, pemilik McDonald’s cawangan Dungun, Tuan Syed Husin Tuan Embong, kesal dengan tindakan melampau sesetengah individu yang membaling objek keras serta menggoncang pintu premis berkenaan hingga menakutkan pekerja dan pelanggan dalam insiden terbabit.
“Saya sendiri sokong Gaza dan faham hak individu untuk memboikot, tetapi biarlah dengan cara yang betul. Kalau secara profesional dan rasional, kita tak kisah, tapi ini menjejaskan keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya.