Nama kumpulan A Pink bukanlah satu nama baru di negara Korea. Setelah
mendapat sambutan yang menggalakan di sana, kumpulan ini seterusnya akan
melebarkan karier mereka ke negara matahari terbit iaitu Jepun.
Dianggotai oleh 7 wanita cantik iaitu Park Cho Rong, Yoon Bo-mi, Jung Eun Ji, Son Na eun, Kim Nam Jooh, Oh Ha Young dan Hong Yoo Kyung, mereka tetap berdiri teguh walaupun Kyung terpaksa keluar pada April 2013 kerana menyambung pelajaran.
Setelah pelbagai anugerah dikecapai diantaranya ialah Mnet Asian Music Awards (MAMA), V Best Of the Best, Soul Music Awards, Golden Disk Awards dan pelbagai lagi anugerah, mereka bakal mengadakan promosi di negara Jepun bermula pada 22 Oktober depan. Single pertama yang berjudul 'No No No' turut telah mendapat sambutan awal di sana buktinya seramai 578,511 telah menonton muzik video mereka di laman sosial YouTube.