Perkahwinan Dazrin–Amyra Dibatalkan


Tiada hujan tiada rebut, perkahwinan Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli dibatalkan. Perkahwinan yang dijadualkan pada 8 Ogos itu tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dikongsi oleh kedua-dua belah pihak. Ada juga yang mengatakan pelakon Ramona Zam Zam menjadi punca perkahwinan keduanya dibatalkan.

Baik Dazrin mahupun Amyra, keduanya tidak mahu memberi komen lebih-lebih kerana menghormati kedua belah pihak. Namun Dazrin ada memberi sedikit komen bagi merungkai segala persoalan. Menurut Dazrin, tarikh yang sepatutnya mereka disatukan sahaja itu tidak jadi. Kedua-dua belah pihak akan berbincang semula supaya segala salah faham dapat diselesaikan dengan segera.

Ramona pula terkejut apabila disabitkan penyebab kepada pembatalan perkahwinan tersebut. Jika Dazrin dan Amyra sudah menafikan pembatalan perkahwinan tersebut bukan disebabkan pihak ketiga, jadi tak baik kalau ada orang di luar sana masih nak mengaitkan Ramona dalam hal ini.