Dengan kontroversi pergolakkan rumahtangga yang berlaku kepada Awie dan
Erra Fazira, umum sudah pun mengetahui kisah mereka yang juga kebetulan
berlaku dalam tempoh masa yang agak sama. Situasi diserbu pelbagai
soalan dari media dan peminat seolah-olah menjadikan pasangan yang
pernah bercinta tak lama dulu, dikatakan akan bersama sekali lagi.
Walaubagaimanapun, ini bukan bermakna mereka akan bercinta kembali kerana Awie dan Erra akan dipertemukan di dalam sebuah filem berjudul 'Warna Cinta Impian'. Menurut sumber dari akhbar tempatan, filem yang mempunyai unsur Bollywood ini memang menjadikan kisah cinta Melayu 20 tahun yang lalu ke layar perak. Tetapi pengarah filem ini, iaitu N.S Krishna menolak kenyataan yang mengatakan beliau menggunakan kontroversi yang melanda pasangan ini untuk mengaut keuntungan selain publisiti percuma yang kebetulan menimpa kisah hidup Awie dan Erra Fazira.
“Saya tidak gunakan kontroversi sebagai formula melariskan filem saya. Saya percaya dengan kemampuan filem ini kelak. Kalau ikutkan bukan Awie dan Erra sebenarnya watak utama dalam filem ini. Ini memandangkan kisah cinta Shiqin Kamal dan Erwin Shah Dawson yang akan menjadi nadi kepada filem ini kelak," kata pengarahnya.
Bagaimanapun, Erra dan Awie meminta agar tidak mengungkit kisah lama mereka dan hormati pendirian mereka. Walau apa pun, apa yang mereka lakukan di dalam kerjaya segalanya kerana sikap profesionalisme dan merasakan ada kekuatan di dalam filem ini.
“Kami sebelum ini pernah bekerjasama, jadi tiada apa yang perlu saya risaukan. Cuma saya harap mereka di luar sana faham keadaan ini, kami bekerja. Memandangkan ini kerjaya, rasanya tidak ada masalah untuk kami bersikap profesional," kata Erra.
Filem mengenai kisah sebuah perkahwinan yang perlu diterajui oleh 2 watak ini, bakal menjalankan penggambarannya di Malaysia, India dan Australia yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Sementara itu filem ini merupakan produk pertama syarikat Touchtronics Entertaiment Sdn. Bhd. Selain Erra dan Awie, antara pelakon lain yang akan turut serta menjayakan filem ini adalah pelakon dari Singapura Erwin Shah Dawson, Shiqin Kamal, Nelydia Senrose dan Azlee Khairi.