Kuala Terengganu: Pecah rahim, sakit pinggul serta pendarahan teruk
pada kemaluan antara risiko ditanggung individu yang sanggup membeli
ubat terlarang untuk menggugurkan kandungan di sebuah premis di Bandar
Permaisuri, Setiu yang beroperasi sejak setahun lalu.
Premis yang berselindung di sebalik jualan pakaian dan aksesori itu
sebelum ini menjadi buruan golongan tertentu untuk menggugurkan
kandungan secara haram bagi menutup keaiban diri.
Bagaimanapun, kelicikan tauke wanita terbabit untuk mengaut keuntungan
mudah dengan menjual ‘ubat gugur’ itu tidak bertahan lama selepas
anggota Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu (JKNT) berjaya menghidu penjualan bahan terlarang itu Ahad
lalu.
Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menahan wanita berkenaan dan merampas baki ‘ubat gugur’ bernilai kira-kira RM1,000.
Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menahan wanita berkenaan dan merampas baki ‘ubat gugur’ bernilai kira-kira RM1,000.
“Berdasarkan bukti pembelian dijumpai, aktiviti wanita ini didapati
beroperasi sejak setahun lalu dan berjaya memperoleh keuntungan berlipat
ganda daripada jualan ‘ubat gugur’.
“Wanita berkenaan mendapat ‘ubat gugur’ daripada pembekal dengan harga sekitar RM8 hingga RM10 sebiji dan menjualnya kepada pelanggan dengan harga sekitar RM50 sebiji.