Tersinggung kerana dituduh pergi ‘melancong’ ketika Sukan Komanwel
Kuala Lumpur: Selepas dicemuh susulan prestasi buruk di Piala Dunia The Hague Belanda dan Sukan Komanwel Glasgow, skuad hoki negara dikatakan berkecil hati dan merajuk.

Justeru, mereka yang sepatutnya menyertai siri Jelajah Eropah
sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan mulai
Isnin ini hingga 3 September depan sepakat enggan menyertai siri
jelajah itu.
Menurut sumber dalaman Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), tindakan pemain itu berpunca daripada rasa kecewa apabila dilabel atlet ‘melancong’ gara-gara prestasi hambar dalam kedua-dua kejohanan itu.
Malah serangan yang dibuat Naib Presiden MHC, Manjit Majid Abdullah terhadap Muhammad Dhaarma Raj Abdullah juga makin melemahkan semangat juang mereka.