Kuala Lumpur: Orang ramai yang menziarahi tanah perkuburan Islam
Jalan Ampang, di sini gempar apabila pembakaran sampah secara terbuka di
kawasan itu mengakibatkan beberapa dahan pokok tumbang dan menghempap
sekurangnya dua kubur sebentar tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, siasatan awal pihaknya
mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah di
satu pangkal pokok di tanah perkuburan terbabit dan mengakibatkan dahan
pokok itu tumbang dan merosakkan beberapa batu nisan.
"Pihak bomba terima panggilan daripada orang awam pada jam 9.28 pagi dan
tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian bersama empat anggota dari
Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bagi mengawal kebakaran," katanya
ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal 10 minit kemudian dan beberapa dahan tumbang turut dibersihkan pihaknya.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal 10 minit kemudian dan beberapa dahan tumbang turut dibersihkan pihaknya.
Azizan berkata, siasatan mendapati kebakaran sampah di kawasan terbabit
dipercayai mula dibakar sejak semalam dan anggaran kerugian masih dalam
siasatan.