Bieber Yang Bergaduh, Gomez Yang Minta Maaf


Baru-baru ini pergaduhan di antara penyanyi Justin Bieber dan pelakon Orlando Bloom di salah sebuah kelab di Ibiza, Sepanyol telah membuatkan Selena Gomez menebalkan mukanya dan memohon maaf secara SMS peribadi kepada Orlando Bloom. Ini kerana, gara-gara perbuatan kebudak-budakan Justin yang cuba membuat Orlando bengang pada malam itu, telah membuatkan pelakon ini berang dan menumbuk Justin di bahagian muka. Pergadhan mereka yang sempat dirakam telah pun, viral di media sosial dan hangat di media seluruh dunia.

Menurut sumber yang dekat dengan Selena Gomez, “Selepas mendapat berita tentang kejadian tersebut, Selena terus menghantarkan kiriman SMS ke Orlando Bloom untuk memohon maaf atas kelakuan Justin tempoh hari. Selena turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap Justin yang seperti keanak-anakan dan tidak bertanggungjawab.”
 

Krisis antara Orlando Bloom dan Justin berlaku sejak 2012 apabila Justin dikatakan cuba menganggu Miranda Kerr, model terkenal Victoria Secret yang ketika itu masih lagi isteri kepada Orlando. Apabila mereka bercerai, Justin dikatakan cuba berbaik semula dengan bekas isterinya yang membuatkan Orlando bengang. Bukan setakat itu, gosip panas yang mengatakan Orlando Bloom turut menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih Justin iaitu Selena Gomez, membuatkan Justin seolah-olah cuba membalas dendam terhadap Orlando Bloom.

Orlando Bloom sebelum ini pernah berkahwin dengan Miranda Kerr pada tahun 2010, tetapi bercerai pada bulan Oktober 2013 secara rasmi, kerana Orlando dikatakan suka berfoya-foya dan berparti sehingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada anak lelaki mereka Flynn Christopher Blanchard Copeland.