Gantung raket!


Khairy mahu Mahaleel, Rashid tak lagi berbalas 'smash', selesai konflik di meja rundingan

Kluang: Hentikan perang di media dan selesaikan secara bersemuka!

Itu peringkatan tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu konflik antara Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek diselesaikan di meja rundingan.

Malah, Khairy mencadangkan supaya BAM melantik pengarah teknikal secepat mungkin berikutan ia dianggap antara punca kemelut berterusan antara Mahaleel dan Rashid.

Pergolakan kedua-dua ikon berkenaan semakin memuncak gara-gara kemerosotan prestasi pemain perseorangan, Liew Daren dalam kempen Sukan Komanwel Glasgow, Sotland baru-baru ini.