Edinburgh: Kontinjen terjun muncul antara pasukan terbaik negara pada
Sukan Komanwel selepas berjaya membawa pulang satu emas, dua perak dan
satu gangsa selepas temasya itu menutup tirainya malam tadi.
Pingat emas dimenangi Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu, Khamis lalu, sebelum meraih perak bagi acara 10m platform individu pada pentas terakhir acara itu di Kolam Renang Diraja Komanwel di sini, semalam.

Satu lagi pingat perak dimenangi Pandelela Rinong dalam acara 10m
platform individu dalam pertandingan sebelum ini dan pingat gangsa
ketika bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform
seirama.
Tingkat pencapaian
Pengurus pasukan, Edwin Chong berkata, kejayaan meraih empat pingat itu mengatasi pencapaian di New Delhi, empat tahun lalu apabila kontinjen terbabit meraih satu emas, satu perak dan dua gangsa.
“Kami gembira dengan pencapaian ini. Kami berjaya meningkatkan pencapaian dari segi pungutan pingat perak pada kejohanan ini. Kami percaya jika Pandelela tidak mengalami kecederaan, kemungkinan skuad terjun boleh menambah satu pingat emas,” katanya semalam.

Chong berkata, prestasi penerjun negara menunjukkan peningkatan, antaranya Tze Liang dan Nor Dhabitah.
Sementara itu, Tze Liang ketika ditemui selepas saingan akhir acara 10m platform individu lelaki semalam berkata, dia memberi fokus yang terbaik dalam setiap terjunan dan cuba sedaya upaya untuk tenang serta tidak panik.
“Akhirnya apa yang saya lakukan memberi hasil apabila saya berjaya meraih pingat kedua saya di sini,” katanya.
Tze Liang berjaya mengumpul 433.70 mata iaitu 82.85 mata di belakang jaguh Olimpik dari England, Tom Daley yang mendapat 516.55 mata, manakala pingat gangsa dimenangi Vincent Riendeau dari Kanada dengan 429.25 mata.