Kuala Lumpur: Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar
(PASMEB) mendakwa hanya wakil rakyat PAS layak diangkat sebagai Menteri
Besar, bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pakatan itu mendakwa, tiada seorang pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Selangor. yang beragama Islam adalah anak jati negeri itu, berbanding ADUN PAS termasuk tiga daripada empat EXCO daripada PAS adalah anak Selangor.

Penaja PASMEB, Mazli Saring, berkata walaupun akur dengan ketetapan
bahawa seseorang pemimpin ditentukan oleh parti pemerintah atas dasar
konsensus dua rakan sekutu, pihaknya kecewa kerana pengganti Abdul
Khalid yang dinamakan oleh kepemimpinan PKR dan dipersetujui DAP, bukan
anak jati negeri itu.
Anak jati Selangor
Katanya, jika PKR berhasrat untuk terus menamakan calon daripada parti berkenaan, sewajarnya hanya calon yang lahir di Selangor saja dibenarkan menduduki jawatan itu, sekali gus mendesak Abdul Khalid dikekalkan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dakwanya, langkah meletakkan wakil PAS sebagai Menteri Besar baharu bukan satu isu besar, jika Abdul Khalid terus didesak melepaskan jawatan asalkan individu itu adalah daripada kalangan yang amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

“PKR perlu mengelak wujudnya pertembungan dengan pihak istana yang begitu menitik beratkan asal usul pemimpin di Selangor. Malah titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor tetapi diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor,” katanya.
Tiga EXCO PAS yang didakwa layak diberi jawatan Menteri Besar Selangor ialah ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor; Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan Sallehin Mukhyi (ADUN Sabak).
Kekalkan Abdul Khalid
Mazli berkata, pihaknya yakin Abdul Khalid wajar dikekalkan berdasarkan prestasi memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu apabila kejayaan PRU-12 menjadi bahan kempen, sekali gus menyaksikan pertambahan kerusi DUN pakatan pembangkang daripada 36 kepada 44.
Sementara itu, PASMEB menyarankan supaya PKR, PAS dan DAP di Selangor menonjolkan 70 peratus calon daripada anak tempatan pada PRU-14 bagi mengelak berulang krisis kepemimpinan, selain mengusulkan setiap wakil rakyat tidak boleh berkhidmat lebih daripada dua penggal.
“Kita bukan hendak menyekat orang luar daripada berkhidmat di Selangor tetapi langkah itu bertujuan untuk mengelak berulang konflik pelantikan Menteri Besar,” katanya.