BAITULMAQDIS: Seorang bekas askar wanita Israel memaparkan dalam
Facebook gambarnya berpakaian seragam dan tersenyum sambil berdiri di
sebelah tahanan Palestin yang ditutup mata dan diikat, dikecam hebat
oleh rakannya dalam tentera dan pegawai Palestin.
Laman web dan blog Israel menunjukkan dua gambar wanita terbabit. Dalam salah satunya, dia duduk bersila bersebelahan lelaki Palestin yang ditutup mata dan tersembam pada halangan konkrit. Muka lelaki itu ditolak ke bawah manakala wanita berkenaan merapatkan dirinya pada tahanan itu dengan mukanya mendongak ke atas.

Satu lagi gambar menunjukkannya tersenyum pada kamera dengan tiga
lelaki Palestin yang diikat tangan mereka dan ditutup mata, di belakang
wanita terbabit.
Kejadian itu mengingatkan kejadian yang pernah berlaku sebelum ini mengenai layanan buruk askar Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat di bawah kawalan mereka.
Ia juga mengimbas kembali kejadian pada 2003 apabila askar Amerika di penjara Abu Ghraib di Iraq menunjukkan tahanan Iraq berbogel, dimalukan dan ditakutkan. Dalam kes berkenaan, beberapa askar dipenjarakan selepas gambar itu dihebahkan.
Askar Israel pernah menghadapi masalah sebelum ini dalam laman web sosial seperti Facebook dan YouTube. Terbaru sekumpulan askar perang dikenakan tindakan kerana menari mengikut rentak secara berkumpulan ketika bertugas di bandar Hebron di Tebing Barat. Tarian itu dipaparkan dengan jelas dalam YouTube.
Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Ghassan Khatib mengutuk gambar itu dan berkata ia membuktikan kesan pendudukan Israel selama 43 tahun di kalangan rakyat Israel yang menguatkuasakannya.

“Ia menunjukkan pemikiran mereka yang menceroboh Palestin, yakni berasa bangga menimbulkan aib kepada rakyat Palestin. Pendudukan Israel adalah tidak adil, tidak bermoral dan seperti yang dipaparkan menerusi gambar itu, perbuatan keji,” kata Ghassan.
Tentera Israel juga mengecam wanita muda itu, yang dikenal pasti oleh media dan blogger daripada Facebooknya sebagai Eden Aberjil dari bandar pelabuhan Ashdod di selatan Israel. – AP