Sudah menjadi tradisi keluarga Ainul Rokhimah atau Inul Daratista untuk
pulang ke kampung halaman di Pasuruan, Jawa Timur, pada setiap
Aidilfitri.
Katanya, tahun ini pun penyanyi dangdut terbabit sanggup melawan kesesakan demi meraikan hari kemenangan umat Islam dengan sanak-saudara.

Malah, akuinya sambutan di kampung lebih meriah, cuma berikutan
kesesakan luar biasa selain mahu menghabiskan masa bersama keluarga
sendiri, beliau lebih senang terperap di rumah menanti kunjungan.
“Bukan malas mahu berziarah, tetapi saya hanya berada di kampung sebentar saja. Jadi lebih baik saya menunggu orang datang ke rumah. Kami masih boleh bermaaf-maafan sambil menjamah hidangan,” katanya.
Begitupun, ada aktiviti wajib yang dijadikan rutin setiap kali Syawal iaitu bersenam. Katanya, langkah berkenaan terpaksa diambil kerana Inul bimbang tubuhnya mula melebar andai enggan menjalani senaman.
“Saya perlu bersukan untuk mengelakkan lemak ‘berkampung’ di badannya. Terkini, Inul terbang ke Taipei untuk memenuhi undangan di sana.