KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan sulung
Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Kuantan, Pahang,
Oktober tahun ini.
Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat Majlis AFF ke-12 bagi sesi 2011-2015 yang dipengerusikan Presiden AFF Sultan Ahmad Shah, di Hanoi, Vietnam, hari ini.

Tujuh pasukan mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang julung kali
diadakan iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar, Indonesia, Laos
dan Vietnam.
Dalam ucapannya, Sultan Ahmad Shah mengulas mengenai cabutan undi dan berkata ia tentu menarik untuk menyaksikan ia dijalankan.
"Saya menjangka cabutan undi itu tentu menarik dan saya mengucapkan selamat mahu jaya kepada pasukan yang bertanding," beliau dipetik dalam laman web AFF;www.aseanfootball.org.
Sultan Ahmad Shah juga berkata, pihak berkenaan membuat lawatan tinjauan ke atas hos Piala Suzuki AFF 2014 - Vietnam dan Singapura - dan yakin bahawa semua persiapan berjalan lancar.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Vietnam atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Futsal Asia pada April dan Piala Wanita Asia pada Mei dan berkata, pakar pertubuhan akan membantu negara itu menganjurkan Piala Suzuki AFF.

"Ucapan tahniah juga disampaikan kepada (negara anggota baharu AFF) Australia dan Thailand kerana layak ke Piala Dunia Wanita FIFA (2015) (di Kanada) dan kepada Thailand kerana sekali lagi layak ke Piala Dunia Futsal FIFA," kata Sultan Ahmad Shah.
Sebelum mesyuarat berlangsung hari ini, Majlis AFF bertafakur selama satu minit bagi menghormati mangsa tragedi Penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai. - BERNAMA