Piala Suzuki AFF: Skuad Harimau Malaya berdepan misi sukar

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan laluan getir pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal diadakan di Singapura dan Vietnam dari 22 November sehingga 20 Disember ini.

Pada majlis undian yang diadakan di Hanoi, Vietnam, hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), www.aseanfootball.org, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura yang juga juara bertahan selain juara tiga kali kejohanan, Thailand.

Juara 2008, Vietnam diletakkan dalam Kumpulan A bersama empat kali naib juara, Indonesia dan Filipina.

Laos akan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan yang dijadualkan berlangsung dari 12 sehingga 20 Oktober ini bersama empat pasukan lain - Timor Leste, Brunei Darussalam, Kemboja dan Myanmar bagi merebut dua slot terakhir kejohanan.

Pemenang dan naib juara pusingan kelayakan, masing-masing bakal menghuni Kumpulan B dan A.

Perlawanan Kumpulan A akan berlangsung di Vietnam manakala Kumpulan B akan beraksi di Singapura.

AFF masih mengekalkan format liga dengan dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
Dua pemenang perlawanan separuh akhir bakal beraksi dalam perlawanan timbal balik bagi menentukan juara kejohanan bola sepak rantau Asia Tenggara itu.

Untuk rekod, Singapura adalah pemenang terbanyak kejohanan sebanyak empat kali (1998 dan 2004 - ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger), 2007 dan 2012 selain Thailand sebanyak tiga kali (1996, 2000 dan 2002).

Malaysia pula meraih kejuaraan sulung Piala Suzuki pada 2010 yang dihoskan bersama Indonesia dan Vietnam selain pernah muncul naib juara pada 1996 selepas kalah 0-1 kepada Thailand.

Skuad Harimau Malaya kini berada di Tajikistan bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang negara berkenaan yang bakal diadakan, Jumaat ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menetapkan sasaran ke final kepada skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala Suzuki 2014. - BERNAMA



INFO PIALA SUZUKI AFF
Kumpulan A
Vietnam, Indonesia, Filipina

Kumpulan B
MALAYSIA, Singapura, Thailand

(Nota: Pusingan kelayakan di Laos,
12 hingga 20 Oktober. Pemenang
dan naib juara masing-masing bakal
menghuni Kumpulan B dan A.)

Related Posts:

  • Nelydia,Qi putus cinta lagi?Suatu ketika pernah terjadi kononnya cinta Nelydia Senrose, 20, dengan Qi Razali, 36, sudah berakhir. Ada spekulasi mengatakan kisah itu timbul kerana Qi terlalu cemburu dengan gandingan Nelydia, Sharnaaz Ahmad dalam drama be… Read More
  • UMNO saman Malaysiakini terbit artikel berunsur fitnah Kuala Lumpur: UMNO dan Presidennya mengemukakan notis tuntutan saman terhadap portal berita, Malaysiakini, berikutan penerbitan artikel berunsur fitnah yang bertajuk ‘A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Wi… Read More
  • Kereta Api Laju Menghampiri Perkampungan Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna m… Read More
  • Ahmad Said terharu PM hadiri majlis perkahwinan anaknya PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika tiba di majlis perkahwinan anaknya perempuannya, di Teluk Kalong, Kemaman, hari ini. KEMAMA… Read More
  • Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik Gadis (G) : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya Teruna (T) : Boleh ke? G : Masuk je lah, saya nak siap Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.… Read More