Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 20-an yang didakwa menghina dan
memperlekehkan tindakan sekumpulan anggota polis trafik membersihkan
serpihan kaca menerusi laman sosial miliknya akan dipanggil bagi diambil
keterangan.
Ia berikutan tindakan lelaki berkenaan memuat naik entri dalam
Facebook (FB) miliknya kelmarin yang didakwa menggelar anggota berkenaan
sebagai anjing kerana menyapu kaca bertaburan di Jalan Skudai di sini.
Lelaki berkenaan turut didakwa memuatkan gambar anggota berkenaan ketika menjalankan tugas.
Perbuatan lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan
ramai terutama keluarga anggota terbabit yang berkongsi luahannya
bersama pengguna FB lain.
Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang anggota trafik terbabit menyatakan suaminya bertugas dengan ikhlas bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas.