Laporan awal siasatan nahas MH17 mendapati ‘tiada apa yang luar biasa’ dalam rakaman suara kokpit (CVR) pesawat berkenaan.
Sumber yang rapat dengan siasatan antarabangsa itu berkata, CVR yang dimuat turun oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom, mendengar komunikasi antara juruterbang pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara (ATC).

“Setakat ini, tiada apa yang luar biasa berdasarkan maklumat
diperoleh. Suara terakhir yang didengar bukan suara juruterbang pesawat
MH17.
“Tiada petunjuk menandakan juruterbang itu mengesan sesuatu yang tidak kena,” katanya tanpa mengulas lanjut.
CVR merakam semua komunikasi di pesawat termasuk perhubungan dengan ATC, perbincangan antara anak kapal, pengumuman dalam kabin dan perbualan bersama anak kapal yang memasuki kabin.