Beregu lelaki dan wanita negara menceriakan kontinjen Malaysia apabila
berjaya melangkah ke final acara badminton selepas menumpaskan lawan
masing-masing pada separuh akhir di Arena Emarites, di sini, semalam.
Goh V Sem-Tan Wee Kiong dengan bergaya menewaskan beregu dari England, Chris Adcock-Andrew Ellis, 21-19 , 21-19 dan akan bertemu pasangan dari Singapura, Danny Chrisnanta- Chayut Triyachart pada final hari ini.

“Saya percaya perlawanan akhir esok (hari ini) pasti sengit,
tetapi kami akan bekerja keras untuk memastikan Malaysia berjaya
menambah pingat emas dalam acara badminton.
“Sebelum ini, kami berjaya menewaskan mereka pada separuh akhir acara berpasukan campuran dan berharap dapat mengulangi kejayaan itu,” kata V Sem.
Terdahulu, beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo membenam pasangan England, Gabrielle Adcock-Lauren Smith 21-16, 21-11 dan akan berdepan dengan juara Sukan Komanwel New Delhi, empat tahun lalu, Jwala Gutta-Ashwini Ponnaappa dari India pada final, hari ini.