KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo mencetus
ceria peminat badminton tanah air apabila membantu kontinjen negara
untuk memenangi pingat emas kelima di Glasgow, sebentar tadi.
Dalam final di Arena Emirates, mereka mengesahkan status juara baru selepas menewaskan juara bertahan dari India, Jwala Gutta-Ashwini Ponnanppa 21-17, 23-21.
Dalam final di Arena Emirates, mereka mengesahkan status juara baru selepas menewaskan juara bertahan dari India, Jwala Gutta-Ashwini Ponnanppa 21-17, 23-21.
Pencapaian lalu emas badminton dalam acara beregu sebelum ini
adalah menerusi Ang Li Peng-Lim Pek Siah pada 2002 dan Chin Eei Hui-Wong
Pei Tty (2006).
Terdahulu dalam separuh akhir, Khe Wei-Vivian menewaskan Gabrielle
Adcock-Lauren Smith dari England 21-16,21-11 manakala Gutta-Ashwini
menewaskan satu lagi pasangan Malaysia, Loo Yin Mim-Lai Pei Jing 21-7,
21-12.