Bekas juruterbang MAS sangkal dakwaan penulis buku Flight
MH370: The Mystery dakwa pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang
Thailand, Amerika
Kuala Lumpur: Dakwaan bahawa pesawat MH370
ditembak jatuh oleh pesawat pejuang tanpa sengaja sewaktu hilang dari
radar pada jam 1.19 pagi tidak masuk akal, berdasarkan terdapat isyarat
ping yang diterima sehingga jam 8.19 pagi pada 8 Mac lalu.
Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Kapten
Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, berkata sekiranya benar pesawat itu
ditembak jatuh sekalipun, mengapa sehingga kini tiada serpihan atau
bahagian pesawat ditemui.
Katanya, dakwaan ini tidak mempunyai asas kerana bercanggah
dengan apa yang dikesan radar penerbangan awam malah satelit Immarsat
sendiri mengesahkan berlakunya pusingan balik oleh pesawat MH370.