Kinabatangan: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kelmarin
dipercayai ada kaitan dengan kes merogol bergilir-gilir seorang wanita
berusia 18 tahun yang baharu dua bulan berkahwin.
Ketua Polis
Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata polis
menerima aduan daripada mangsa beberapa hari selepas kejadian didakwa
berlaku pada jam 6 petang 14 Mei lalu di Ladang Leepang 5.
Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut
manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mangsa dikatakan dirogol ketika pergi ke tepi sungai
berhampiran rumahnya di situ untuk membuang air besar berikutan tandas
di kediamannya rosak.
Diekori 3 suspek
Dalam
perjalanan, mangsa diekori tiga suspek yang kemudian menariknya ke dalam
ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Mangsa
kemudian menceritakan perkara berkenaan kepada suaminya beberapa hari
selepas kejadian sebelum dibawa membuat laporan polis.
Di Sandakan, seorang pelajar Tingkatan Satu mengadu dirogol
kekasih yang baharu dikenali dua minggu menerusi Facebook ketika
berjumpa di tangga sebuah bangunan di Jalan Singapura di sini, kira-kira
jam 3.30 petang kelmarin.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa
dikatakan bertemu remaja berusia 18 tahun itu selepas sesi persekolahan
sebelum suspek menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Bagaimanapun
ketika melalui sebuah bangunan, mangsa mendakwa diajak oleh suspek
untuk ke bahagian atas bangunan terbabit dan ketika berbual, suspek
dipercayai memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali mengesahkan ada menerima aduan.