Cerita Seorang Isteri Kepada Semua Bergelar Suami

Jaga Isteri - Memang Susah. Memang Penat. Memang Rasa Rimas, Suka Membebel, Suka Marah-marah.
Suka Merajuk.

Tapi, ketahuilah mulut yang bising itulah yang banyak menenangkan kamu.

Mulut yang bising itulah memeriahkan rumah kamu. Mulut yang bising itulah yang banyak menyedarkan kamu.

Dan individu yang kuat merajuk itulah mendidik rasa sabar kamu.

Wanita yang bising itulah yang banyai membelai kamu. Wanita yang bising itu jugalah yang banyak memeluk kamu.

Dan wanita yang bising itulah banyak bersama kamu tanpa mengira masa susah atau senangnya kamu.

Tanpa mengira betapa dia terluka dengan cara layananmu.

Dan nasihatku.....

Hargailah isteri seperti seorang ibu kerana kamu akan mengerti betapa berharganya mulut bising itu.......
Ketika kamu kehilangannya. Dan ketahuilah kamu pasti akan merindui BEBELANnya