Penyanyi lagu Kau Pergi Jua meninggal dunia malam tadi


AMPANG: Penyanyi dan komposer, Adam Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi di Hospital Ampang, di sini.

Difahamkan, Adam mengalami masalah tekanan darah rendah, kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau meninggalkan isteri dikenali sebagai Norliza. 


Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Cempaka, di sini. Antara lagu popularnya, Kau Pergi Jua yang menjadi siulan ramai pada awal 1980-an.


Adam juga mencipta lagu Janji Manismu yang memperkenalkan penyanyi, Aishah ke persada muzik tempatan selepas mencipta nama di New Zealand pada 1990.