Nelydia,Qi putus cinta lagi?

Suatu ketika pernah terjadi kononnya cinta Nelydia Senrose, 20, dengan Qi Razali, 36, sudah berakhir. Ada spekulasi mengatakan kisah itu timbul kerana Qi terlalu cemburu dengan gandingan Nelydia, Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. 

Gambar babak mesra yang dimuat naik di laman Instagram Nelydia turut dikatakan kononnya menjadi punca Qi cemburu disebabkan gambar pelakon lelaki itu yang lebih dimuat naik berbanding dirinya sebagai kekasih. Kisah itu sudah berakhir apabila Nelydia dan Qi menyelesaikannya secara baik. 

Namun, baru-baru ini, timbul pula desas-desus mengatakan hubungan mereka berantakan lagi. Ia berikutan masing-masing memuat naik gambar yang seakan-akan membayangkan apa yang diperkatakan itu.