KUALA LUMPUR: Tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia hari ini,
matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.
Bagi jemaah yang sedang mengerjakan umrah di Makkah boleh menyaksikan fenomena itu pada jam 12.16 tengah hari waktu tempatan.
Umat Islam ditempat lain pula boleh menggunakan kesempatan itu untuk mencari arah kiblat dengan tepat.
Cara paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu
berkenaan ialah dengan memacakkan kayu atau tiang, atau di tepi dinding
bangunan yang tegak tepat 90 darjah.
Pada jam 5.16 petang, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek berkenaan.
Arah
kiblat kita adalah arah yang berlawanan dengan bayang tadi. Fenomena
sama akan berulang pada jam 5.27 petang pada 16 Julai akan datang.