Suri rumah didakwa sokong perbuatan pengganas melalui Facebook

Kuala Lumpur: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua tuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui Facebook, bulan lalu.

Azizah Md Yusof, 55, didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan dirampas harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.