MAS tawar promosi sehingga 50 peratus


Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan diskaun tiket sehingga 50 peratus ke destinasi popular dalam kempen promosi Malaysia Airlines Travel Fair (MATF 2014). 

Promosi berkenaan yang bermula 15 hingga 24 Mei menawarkan tambang murah kepada pelanggan di Malaysia sehingga akhir tahun ini.


Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad, berkata rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan daripada promosi ini dan menempah tiket penerbangan mereka.


“Tempoh penerbangan berlanjutan sehingga akhir tahun, oleh itu ia adalah peluang besar untuk merancang percutian pada hujung tahun,” katanya. 

Beliau berkata, antara destinasi popular ialah London menyebabkan jualan tiket menjadi sangat menggalakkan. 

“Orang ramai kini boleh terbang ke London daripada hanya RM2,699 pergi dan balik serta Frankfurt daripada RM2,799 pergi balik, manakala destinasi di selatan daripada RM1,999 ke Sydney pergi balik dan daripada RM1,099 ke Perth pergi dan balik,” katanya. 

Destinasi lain seperti Chennai, Delhi atau Kochi masing-masing daripada RM1,099, RM1,399 dan RM799, untuk tiket kelas ekonomi pergi dan balik. 


  
Sementara itu, tiket pergi dan balik kelas perniagaan ke destinasi Eropah daripada RM11,999, RM6,249 ke Sydney dan RM3,099 ke Chennai. 

Promosi itu boleh ditempah melalui laman web syarikat penerbangan nasional itu di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan 24 jam 1 300 88 3000, pejabat jualan tiket dan semua agen pelancongan yang mengambil bahagian di Malaysia.