‘Bukan salah Daren’



Kuala Lumpur: Ketika ramai menuding jari ke arah Liew Daren susulan kegagalan skuad negara menamat kan kemarau 22 tahun menjulang Piala Thomas di New Delhi kelmarin, hakikatnya tidak ada pemain lain yang mampu menggalas tugas sebesar itu ketika ini.

Kenyataan itu disuarakan dua bekas pemain negara Razif Sidek dan Sairul Amar Ayob yang mengakui itulah pilihan terbaik dimiliki Malaysia sekalipun ada pemain negara lain mempunyai ranking lebih tinggi berbanding Daren. 

Peluang tetap sama


Daren yang turut diangkat sebagai kapten berada di kedudukan ranking ke66 dunia disenaraikan membarisi skuad negara sekalipun Malaysia memiliki pemain di kedudukan ranking lebih baik iaitu Tan Chun Seang (43), Misbun Ramdan Misbun (54) dan Zulfadli Zulkifli (61).

“Itu adalah pilihan BAM, malah mereka sudah memberi peluang untuk pemain lain yang memiliki ranking lebih baik membuktikan kemampuan dengan mengikuti sesi pemilihan namun gagal menempatkan diri.