Saham Asia: Kebanyakan pasaran Asia merudum


Pasaran Asia kebanyakannya jatuh semalam dengan Tokyo terjejas ekoran pengukuhan yen dan data perbelanjaan rumah yang menjunam selepas kenaikan cukai jualan, manakala pelabur kini menunggu petunjuk daripada data pengilangan utama yang akan diumumkan pada minggu depan. 

Dolar terus bergelut di Asia selepas kejatuhan Wall Street susulan pengumuman data yang menunjukkan ekonomi AS menguncup melebihi jangkaan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. 



Tokyo jatuh 0.34 peratus atau 49.34 mata kepada 14,632.38, manakala Seoul turun 0.86 peratus atau 17.30 mata kepada 1,994.96. 



Sydney turut turun 0.49 peratus atau 27 mata kepada 5,492.5. 

Shanghai ditutup hampir tidak berubah dengan turun 1.39 mata kepada 2,039.21 namun Hong Kong naik 0.31 peratus atau 71.51 mata kepada 23,081.65. 

Berdasarkan data rasmi, perbelanjaan isi rumah Jepun pada April jatuh 13.3 peratus daripada bulan Mac, sekali gus mencatatkan kejatuhan bulanan terbesar sejak Mac 2011 apabila negara itu mengalami bencana alam berkembar iaitu gempa bumi dan tsunami. 

Penurunan angka itu tercetus pada masa yang sama kerajaan negara itu melaksanakan kenaikan cukai jualan daripada lima peratus kepada lapan peratus walaupun terdapat amaran ia akan mengganggu pemulihan ekonominya. 
Bahkan kerajaan itu berkata, inflasi meningkat kepada 3.2 peratus tahun ke tahun pada April daripada 1.3 peratus pada Mac, sebahagian besar disebabkan kenaikan cukai. 

Berita itu diumumkan selepas Bank Pusat Jepun mempertimbangka sama ada untuk memperkenalkan langkah pelonggaran untuk menyokong ekonomi selepas kenaikan cukai, dengan kebimbangan akan meluaskan lagi asas monetarinya akan memburukkna lagi inflasi melebihi sasarannya dua peratus. 

Saham AS meningkat pada Khamis apabila pelabur mengambil serius berita penguncupan ekonomi terbesar dunia itu sebanyak satu peratus pada Januari-Mac. 

Penganalisis berkata ketika kejatuhan itu di luar jangkaan, peserta pasaran berpendapat ia disebabkan cuaca sejuk terburuk dan keadaan ekonomi semakin kukuh untuk melantun kembali. 

Terdapat juga angka yang menunjukkan tuntutan baharu kepada manfaat pengangguran jatuh dengan menjunam kepada 300,000, menariknya daripada corak menurun di paras terendahnya hampir tujuh tahun. - AFP