KOTA TINGGI: Bekas pelumba Moto3 negara, Husni Aizat Abdul Malik maut selepas Modenas Kriss yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sengat di sini jam 8.30 pagi tadi.
Husni Aizat, 20, dikatakan dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke FELDA Air Tawar 1 dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan FELDA Air Tawar 2.