Indonesia cadang kasi penjenayah seks

Jakarta: Menteri Kesihatan Indonesia mencadangkan untuk memperkenalkan kasi secara kimia bagi menghukum pedofilia (penjenayah yang tertarik secara seksual pada kanak-kanak) di negara paling ramai penduduk Islam di dunia itu, berikutan rentetan jenayah seks kanak-kanak yang menjadi tajuk utama akhbar.

Indonesia adalah negara terbaru Asia yang mempertimbangkan kasi secara kimia, selain India yang baru-baru ini turut memikirkan untuk memperkenalkan langkah yang serupa terhadap perogol dan pesalah seksual berulang.

Negara pertama benar hukuman

Korea Selatan pada tahun 2011 menjadi negara Asia pertama yang membenarkan hukuman itu, menyertai sekumpulan kecil negara yang membolehkan prosedur berkenaan termasuk Poland, Russia, Estonia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.