Piala Thomas: Malaysia menyamakan kedudukan 2-2

KUALA LUMPUR: Malaysia menyamakan kedudukan 2-2 dalam perlawanan akhir Piala Thomas yang sedang berlangsung di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi.

Pasangan kedua negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong menewaskan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.
Sebelum itu, Jepun mendahului 2-1 selepas pemain perseorangan kedua, Kento Momota menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng 21-15, 21-17.


Terdahulu, pasangan pertama Jepun, Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo menyamakan kedudukan selepas menewaskan pasangan negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How, 11-21, 21-17, 21-19.

Lee Chong Wei meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan pemain perseorangan pertama Jepun, Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Malaysia hanya perlu meraih satu lagi mata menerusi pemain perseorangan ketiga, Liew Daren yang akan bertemu Takuma Ueda untuk menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjuarai Piala Thomas sekali lagi selepas kali terakhir pada 1992.