Chong Wei pastikan curi mata pertama


Andai berjaya menundukkan Jepun dalam aksi final sekali gus menjulang trofi Piala Thomas, hari ini, ia dilihat sebagai titik permulaan baru buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merealisasikan impian memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2016 dan gelaran Kejohanan Dunia tahun ini.

Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu, berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara berkenaan sebaliknya kekal fokus untuk terus menjadi penyumbang mata pertama skuad negara apabila turun menentang pemain Jepun, Kenichi Tago.

"Apa yang penting untuk saya sekarang adalah terus memberikan mata pertama kepada pasukan kerana ia akan meningkatkan tahap keyakinan kepada beregu pertama, Tan Boon Heong-Hoon Thien How dan perseorangan kedua, Chong Wei Feng untuk turun dengan lebih tenang.