Rampasan kuasa kali ke-12 jalan kembalikan keamanan
Bangkok: Tentera Thailand semalam, melakukan rampasan kuasa dengan alasan mahu mengembalikan kestabilan dan ketenteraman awam, selepas enam bulan negara itu berdepan kebuntuan politik.
“Ia perlu bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman, termasuk tentera, tentera laut, pasukan bersenjata dan polis mengawal tadbir negara ini,” kata Prayuth sambil diapit beberapa pegawai tinggi Tentera Thailand ketika pengumuman jam 4.30 petang waktu tempatan.