Kuantan: Penantian Pahang selama lapan tahun untuk ke final Piala FA berakhir selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Kejayaan dengan agregat 2-1 itu membolehkan skuad Tok Gajah menanti pemenang satu lagi separuh akhir kedua, antara FELDA United FC dan Kelantan, malam ini di final pada 7 Jun ini.
“Ini adalah persembahan terbaik Pahang, mereka begitu berdisiplin dan bermati-matian bermain malam ini (semalam) dan membuktikan kami berhak ke final,” kata pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan.