GANDINGAN bergu negara,
Tan Boon Heong (kanan) dan Hoon Thien How ketika bertemu bergu dari
India, B Sumeeth Reddy-Manu Attri pada aksi sulung Kumpulan D, kempen
Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India semalam.
Bergu negara menang 21-14, 21-11. - Foto Goh Thean Howe
Boon Heong bantu skuad Piala Thomas negara langkah kananNew
Delhi: Selepas hampir tiga bulan tidak mempunyai gandingan tetap,
pemain beregu negara, Tan Boon Heong mengakui puas dapat melepaskan
geram dengan menyumbang mata kedua bagi membantu skuad negara menewaskan
India 4-1 dalam aksi sulung Kumpulan D kempen Piala Thomas di Stadium
Tertutup Siri Fort, semalam.
Kali ini, sentuhan Boon Heong dilihat kembali bersinar apabila
jurulatih beregu lelaki negara, Pang Cheh Chang menggandingkan dia
dengan bekas pasangannya ketika menjuarai Kejohanan Remaja Dunia 2004,
Hoon Thien How sebagai beregu pertama membuahkan hasil positif selepas
menang ke atas B Sumeeth Reddy-Manu Attri 21-14, 21-11.
“Ini adalah permulaan yang baik untuk kami, lagipun memang
saya sudah lama bersedia untuk Piala Thomas kali ini (sudah lama tidak
beraksi dalam kejohanan besar).