Israel sekat rakyat Malaysia
By Info Blog at 5:14 PTG
Kuala Lumpur: Israel hari ini bertindak menyekat rakyat Malaysia daripada melayari Facebook (FB) pertahanan mereka.
Harian Metro difahamkan, FB dengan nama Israel Defence Forces itu disekat kira-kira lewat malam tadi menyebabkan kebanyakan rakyat di negara ini tidak dapat menulis entri dan komen di FB berkenaan.
Malah, difahamkan tindakan menyekat rakyat Malaysia dibuat selepas beberapa hari tuduhan kononnya Malaysia melatih pejuang Hamas berdasarkan maklumat dari soal siasat yang dijalankan terhadap seorang pejuang yang didakwa ditawan mereka.
Bagaimanapun tuduhan mereka itu dibidas oleh pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi.
Israel bertindak menghalang pelayar dari Malaysia melayari laman FB IDF selepas digodam beberapa kali sebelum ini malah difahamkan pengendali laman berkenaan juga boleh mengehadkan negara mana yang boleh melayari laman mereka.