Miri: Tujuh anggota 'Geng Botak' termasuk suspek utama yang disyaki
melakukan samun dan cuba merogol seorang guru serta pelajar Tingkatan
Dua ditahan polis di lokasi berasingan sejak dua hari lalu.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, berkata semua suspek itu adalah lelaki rakyat tempatan berumur 20 hingga 35 tahun.

“Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini
(semalam), kita yakin dengan tangkapan semua suspek ini dapat
menyelesaikan beberapa kes jenayah samun,” katanya di sini, semalam.
Temui semula barang kemas
Gan berkata, polis turut menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun suspek utama berusia 20-an, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 4 petang Isnin lalu, ketika guru wanita itu bersama ibunya berada di ruang tamu rumah mereka di Taman Ceria di sini, mereka didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.
Suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan ibunya sambil mengarahkan mereka melucutkan barang kemas dipakai dan menyerahkan wang tunai.

Suspek kemudian meminta mangsa duduk di sofa sebelum mengoyakkan pakaiannya. Bagaimanapun, tindakan mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu melarikan diri.
Polis percaya lelaki sama beberapa jam sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, tetapi gagal.