30 tahun tunggu jodoh


Tanjung Manis: Seorang warga emas berusia 75 tahun, Mohd Mounie Mek, dari Kampung Serdeng, di sini, membuktikan usia bukan penghalang untuknya berkahwin dengan pasangan yang baru dikenalinya hampir setahun lalu.

Perkahwinan itu juga menamatkan zaman bujang pasangannya, Normah Dollah, 54, yang selama ini tidak pernah disunting mana-mana jejaka di kampungnya.

Lebih manis lagi, ketika bercinta, mereka saling berhubung melalui Facebook (FB), selain melalui telefon untuk saling mengenali antara satu sama lain sehingga membawa pasangan itu ke jinjang pelamin, kelmarin.

Menurut Normah, mereka mula bertemu pada majlis perkahwinan saudara sebelum saling berhubung dalam FB untuk mengeratkan hubungan mereka.


“Inilah detik paling indah dalam hidup saya selepas lebih 30 tahun menunggu jodoh, kehadirannya (Mohd Mounie) cukup bermakna buat diri saya.

“Saya tidak menyesal bertemu jodoh di penghujung usia begini, saya percaya semua ini ketetapan Allah SWT,” katanya ketika ditemui dalam majlis perkahwinannya, di sini, kelmarin.