• =>

Misteri Penemuan NAGA PUTIH di Johor Bahru, Malaysia, yang Menghebohkan ...

'Gambar anak Erra, Tomok pun ada'

Kuala Lumpur: "Laporan sudah saya buat dalam jam 10 pagi tadi di Balai Polis TTDI (Taman Tun Dr Ismail). Malah emel laporan kes ini kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) juga sudah dibalas oleh mereka. Jadi kita tunggu langkah seterusnya selepas ini."

Demikian kenyataan pelawak dan pelakon Harith Iskander Musa, 48, mengesahkan laporan dibuatnya kepada pihak berkuasa susulan paparan beberapa gambarnya dan anak sulung di laman web lucah antarabangsa yang dikenal pasti baru-baru ini.

Harith berkata, dia berharap tindakan tegas dapat dilakukan segera oleh pihak berkuasa bagi menyekat laman web itu selepas kekecohan mengenai kes itu tersebar sejak lewat malam tadi.

"Ada bagusnya juga dengan zaman media sosial hari ini kerana kes macam ini diperkatakan secara meluas dengan begitu cepat. Jadi ia menarik perhatian umum.

"Laporan pada pihak berkaitan pun sudah saya buat jadi sekarang tunggu perkembangan daripada mereka (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang pasti, hasil pemantauan dan siasatan ia adalah perbuatan jahat daripada pihak tertentu dari luar negara yang membangunkan web lucah itu," katanya.

Luahan pelakon siri Jangan Ketawa itu yang berasa jijik kerana gambarnya dan anak sulung dimuat naik di sebuah laman web lucah baru-baru ini mencuri perhatian umum sejak malam tadi.

Menurutnya, dia menyedari perkara itu pada pagi Rabu apabila menerima notifikasi ‘Google Alert’ menerusi emel, semalam.

Tambahnya, dia turut menyedari laman web berkenaan turut mengandungi gambar anak penyanyi dan pelakon Erra Fazira dan penyanyi Tomok.

Harith melangsungkan perkahwinan dengan Dr Jezamine Lim Iskander beberapa tahun lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Zander Xayne, tiga, dan Alessandrea Jayne Iskander, lapan bulan.

Kucing pun faham erti Ramadan

Jeddah: Gambar seekor kucing menanti waktu berbuka puasa di Masjidiharam yang menjadi viral di media sosial mendapat pujian masyarakat Islam dan bukan Islam.


Ramai yang memuji haiwan berkenaan kerana begitu sopan serta sabar.

Amed Al-Jawhari berkata, di Twitter perbuatan kucing itu jelas menunjukkan haiwan juga mampu menghormati Ramadan dan Tuhan.

“Nampaknya kucing ini sudah menempah tempat duduknya untuk berbuka puasa di Masjidilharam,” katanya.

Mohammad Massad pula berkata: “Terujanya melihat kucing duduk bersama kami menunggu waktu berbuka puasa.”

Seorang lagi, Asael Bukhari berkata, gambar itu membuktikan hak diberikan Islam kepada haiwan. 

“Tidak siapapun menghalau kucing itu walaupun dia duduk bersama orang yang menanti waktu berbuka puasa.

“Sebaliknya mereka yang berada di situ bergembira dengan kehadiran kucing itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna laman media sosial Azmat Ahmed kagum dengan kesabaran haiwan berkenaan.

“Lazimnya kucing tidak akan menunggu jika makanan diletakkan di depannya.

“Namun kucing ini begitu sopan, membuktikan haiwan juga memahami besarnya erti Ramadan,” katanya. - Agensi

DBKL bayar RM3 seekor tikus

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk meningkatkan ganjaran menangkap tikus kepada RM3 seekor dalam 'Kempen 1 Tikus 1 Ringgit'.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah berkata, ia bagi memberi lebih motivasi kepada masyarakat dalam memenuhi sasaran DBKL untuk menangkap 50,000 tikus setahun.

"Kami peruntukkan RM50,000 setahun untuk kempen ini namun peruntukan ini tidak pernah dihabiskan. 

"Oleh itu aktiviti menangkap dan mengawal haiwan perosak ini perlukan kerjasama dan sokongan anggota masyarakat," katanya.

Beliau berkata, tahun lalu DBKL mengumpul 10,498 tikus yang diserahkan orang ramai, namun jumlah itu masih di bawah sasaran 50,000 yang ditetapkan.

Dr Hayati berkata, orang awam boleh menjana pendapatan sampingan sehingga RM50 sehari hasil menangkap tikus.

Kempen '1 Tikus 1 Ringgit' mula dijalankan pada 2008.

Sebelum ini lima pasar awam di sekitar Kuala Lumpur antaranya Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit dilaporkan semakin kritikal dengan pembiakan tikus yang dikhuatiri boleh membawa penyakit seperti leptospirosis atau kencing tikus.

Tiga lagi pasar ialah Pasar Pudu, Pasar Sentul dan Pasar Keramat.

Menurut Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKL, dalam tempoh sebulan pihaknya berjaya menangkap kira-kira 6,000 tikus di kelima-lima pasar tersebut dengan purata tangkapan sehari mencecah sehingga 50 ekor di setiap pasar itu. - Bernama

7 Gol Ajaib di Dunia - Versi ON THE SPOT

Didakwa bertindak lucah dengan murid

Balik Pulau: Seorang guru tuisyen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merangsang tiga kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun untuk melakukan kelucahan melampau dengannya.

Mohd Amin Nur Izwan Jamaluddin, 21, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di rumah sewanya di alamat 5-2-3 Lengkok Mahsuri, Bayan Baru dekat sini dari Februari hingga Mei lalu.

Tertuduh yang juga pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah kebangsaan di Bayan Baru dekat sini didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Sitarun Nisa membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Budak perempuan 12 tahun pengebom nekad

Kano, Nigeria: Letupan bom yang membunuh 10 orang di sebuah pasar di sini, semalam, dilakukan pengebom nekad - seorang budak perempuan berusia 12 tahun.

Serangan itu diyakini dilakukan kumpulan pemberontak Boko Haram yang terkenal menggunakan wanita dan remaja perempuan sebagai pengebom nekad dengan mensasarkan kawasan tumpuan ramai, terutama pasar.

Serangan terbaru itu berlaku di sebuah pasar di Wagir, di selatan Nigeria.

“Ia serangan nekad oleh budak perempuan berusia sekitar 12 tahun.

"Dia meletupkan dirinya di tengah-tengah orang ramai dan peniaga. Seramai 10 orang mati dan kami membawa 30 lagi ke hospital,” kata Hussaini Aisami yang anggota keluarganya antara 30 mangsa cedera.

Isnin lalu, seorang remaja perempuabn berusia 17 tahun melakukan serangan bom nekad itu di sebuah stesen bas di Maiduguri, negeri Borno, menyebabkan 20 orang maut.

Pasukan keselamatan percaya bom yang di bawa mereka diletupkan dari jauh menggunakan alat kawalan jauh.

Serangan bom nekad dan pertempuran oleh Bako Haram meningkat sejak Presiden baru Nigeria, Muhammadu Buhari, yang mengambil alih kuasa pada 29 Mei lalu, melancarkan peperangan membasmi militan dan sudah menyebabkan leboh 200 orang terbunuh. - AFP