Kelana Jaya: “Mereka yang minta, jadi mereka kena main betul-betul. Kalau tak, saya tahu apa yang saya nak buat dengan mereka.”
Itu pesanan jurulatih Tentera, B Sathianathan kepada anak buahnya supaya menunaikan janji untuk tampil dengan persembahan lebih bertenaga ketika bertemu Kelantan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, Jumaat ini.

Pemain Tentera diketuai kaptennya, Hairuddin Omar sebelum ini meminta
supaya venue perlawanan berkenaan ditukar semula ke Stadium Selayang
selepas Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) pada awalnya
memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya ia
dilangsungkan di Stadium Shah Alam.
Pemain mahu di Selayang
“Berita FAM meluluskan pertukaran semula ke venue asal ini sesuatu yang bagus. Itu kemahuan pemain Tentera dan kami perlu hormati. Mungkin silap saya kerana sebelum itu diberitahu Setiausaha PBAT supaya cari stadium lain yang lebih selamat dan keputusan awal diambil dari sudut itu.
“Tapi pemain nak kekal bermain di Stadium Selayang dan kami adakan perjumpaan dengan Presiden PBAT. Selepas bersetuju, beliau terus menghubungi pihak berkuasa bagi memberi kawalan keselamatan dan Stadium Selayang memang tempat kami,” katanya.