Kota Bharu: Keupayaan Tentera merampas trofi Piala Sultan Ahmad Shah dan
memusnahkan rekod bersih mereka di laman sendiri jelas menghantui
Kelantan menjelang perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang The
Gladiators.
Perkara itu diakui sendiri Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa betapa skuad bimbingan B Sathianathan yang juga bekas jurulatih The Red Warriors (TRW) itu tidak boleh dipandang mudah menjelang separuh akhir pertama pada 19 Oktober ini.

Fokus minda
Annuar menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Facebook turut menyifatkan Tentera pasukan lebih hebat daripada Johor Darul Takzim (JDT) dan mampu memusnahkan impian TRW mempertahankan mahkota keagungan bola sepak negara itu.
“TRW harus melupakan kejayaan menewaskan JDT kerana menanti kita adalah Tentera yang lebih hebat. Malah Tentera yang merampas Piala Sumbangsih dari kita di awal musim dan mereka juga yang menewaskan kita (di Stadium Sultan Muhammad IV) selepas hampir tiga tahun tidak pernah tewas di gelanggang sendiri.
“Tentera yang bakal menghalang kita. Kita tahu kekuatan dan kelemahan satu sama lain. Justeru, kita tumpukan minda kita kepada separuh akhir di tempat lawan dan seterusnya hari penentu pada 25 Oktober (separuh akhir kedua) nanti," katanya.
Annuar bagaimanapun yakin TRW mampu menjerat The Gladiators seperti yang dibuktikan ketika mereka bangkit bergaya membelasah JDT 6-1 di suku akhir kedua.