Sepang: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal kerana kenyataan Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai tindakan polis
menembak penjenayah terlebih dulu dipolitikkan dan diputarbelitkan
pihak tertentu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kenyataan itu sebenarnya menggesa anggota polis bertindak mempertahankan diri ketika berdepan penjenayah bersenjata.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kenyataan itu sebenarnya menggesa anggota polis bertindak mempertahankan diri ketika berdepan penjenayah bersenjata.
“Apabila nyawa kami (anggota polis) diancam, kami tidak ada
jalan lain untuk mempertahankan diri,” katanya sambil menasihatkan orang
ramai agar tidak mempercayai bulat-bulat berita yang disiarkan portal,
yang sengaja mensensasi dan memutarbelit sesuatu berita.
Beliau ditemui sebelum berlepas ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Interpol ke-82 di Cartagena, Columbia, bermula 21 hingga 24 Oktober ini.
Mengulas mengenai perhimpunan Interpol yang menghimpunkan ketua polis negara dari seluruh dunia, Khalid berkata, ia penting dalam usaha mengurangkan jenayah secara kolektif.
Jenayah tiada sempadan
“Sekarang ini jenayah tak ada sempadan, jadi saya rasa amat penting untuk kami berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain dalam kami menangani jenayah merentasi sempadan,” katanya.
Sementara itu, Khalid berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan menghubungi Naib Presiden PKR, N Surendran, pada bila-bila susulan persetujuannya untuk menyertai operasi pencegahan jenayah membabitkan senjata api.
“Tunggulah, kita akan hubungi apabila ada operasi yang membabitkan penjenayah bersenjata.
Beliau cuma perlu bersedia dipanggil pada saat akhir sekitar jam 2 atau 4 pagi apabila kita mahu mulakan operasi,” katanya.
Khalid sebelum ini mengundang Surendran, untuk sama-sama mengikuti operasi membanteras jenayah yang dilakukan polis bagi mendapat gambaran sebenar mengenai kesukaran dan kritikalnya polis berdepan penjenayah bersenjata