Klang: Seorang peniaga pasar malam, mengaku tidak bersalah terhadap 10
tuduhan, membabitkan perbuatan sumbang mahram dan liwat, ketika didakwa
di dua Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh berusia 48 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap anak perempuannya sejak berusia 11 tahun empat bulan mulai Ogos 2012 hingga kali terakhir pada 25 September lalu.
Tertuduh berusia 48 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap anak perempuannya sejak berusia 11 tahun empat bulan mulai Ogos 2012 hingga kali terakhir pada 25 September lalu.
Dia yang mengaku tidak bersalah sebaik mendengar pertuduhan, didakwa
melakukan semua kesalahan terbabit di sebuah rumah dekat Taman Bukit
Kuda di sini.
Berdepan lima dakwaan
Tertuduh berdepan dakwaan lima tuduhan sumbang mahram mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan, boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dengan sekurang-kurangnya 10 sebatan bagi setiap kesalahan.
Bagi lima pertuduhan liwat pula, dia dituduh mengikut Seksyen 377(c) kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dengan dikenakan sebatan.
Prosiding berasingan
Prosiding pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hashim dan Nor Azilah Mat, berlangsung secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1 dan 2, Tasnim Abu Bakar dan Ahmad Fairuz Mohd Puzi.
Selepas menilai hujah kedua-dua pihak, Tasnim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sebelum menetapkan 18 November untuk sebutan semula kes itu serta lantikan peguam bela.
Ketika prosiding di hadapan Ahmad Fairuz pula, hakim terbabit turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sebelum memerintah semua pertuduhan disebut semula dan dibicarakan bersama di depan Tasnim pada 18 November ini.