Chevrolet Optra hitam itu dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Simpang Pulai ketika Jimmy pulang ke kampungnya untuk menziarahi seorang ahli keluarga yang meninggal dunia.
“Orang awam yang mengesyaki kenderaan itu baru dibakar, segera menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati kereta berkenaan sudah hangus. Semakan nombor casis dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti ia milik selebriti tanah air itu,” katanya, semalam.
Kong Soon berkata, siasatan di lokasi tidak menemui sebarang alat atau bahan digunakan bagi membakar kereta itu, manakala semua barangan milik Jimmy yang berada dalam kereta berkenaan juga hangus.
“Siasatan sedang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kerana kereta itu dicuri di Simpang Pulai. Saya anggap kes ini agak pelik berikutan kereta itu dibakar selepas dicuri,” katanya.