Guangxi: Mahkamah mendapati tidak bersalah seorang pengapit lelaki yang
melakukan hubungan seks dengan pengantin perempuan secara tidak sengaja.
Berikutan itu, pengapit terbabit terlepas daripada dakwaan rogol, kata Mahkamah Rakyat Daerah Napo di sini.
Berikutan itu, pengapit terbabit terlepas daripada dakwaan rogol, kata Mahkamah Rakyat Daerah Napo di sini.
Pengantin perempuan itu, Huang dan pengantin lelaki, Wu,
mengadakan majlis perkahwinan pada 30 Ogos lalu di Napo, sebuah wilayah
autonomi di Guangxi Zhuang .
Pada malam perkahwinan, salah seorang pengapit Wu yang bernama Ruan, tinggal di rumahnya selepas majlis berakhir.
Pada jam 2 pagi, Huang bangun dan keluar bilik pengantin untuk menggunakan bilik air.
Tersilap masuk bilik
Bagaimanapun, dia tersilap apabila masuk semula dalam rumah ke dalam bilik Ruan dan tidur di sebelahnya.
Oleh kerana percaya Ruan suaminya, Huang dan pengapit menjalin hubungan seks dalam keadaan gelap.
Menjerit minta tolong
Pagi keesokannya, apabila Huang mendapati dirinya di sebelah Ruan, dia menjerit meminta tolong kerana percaya menjadi mangsa rogol.
Wu dan keluarganya menyerbu masuk dan menuntut Ruan membayar pampasan atas perbuatannya.
Bagaimanapun, Ruan berkata, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak ada wang untuk diberi.
Lapor polis
Huang dan Wu kemudian pergi ke sebuah balai polis tempatan untuk mengemukakan tuduhan tetapi pegawai berkata kes itu bukan rogol dan enggan memfailkannya.
Oleh kerana marah, Huang dan Wu meminta mahkamah membuat keputusan.
Mahkamah berkata, Ruan sedang tidur apabila Huang tersilap masuk ke biliknya dan merangsangnya.
“Oleh itu, hubungan seks itu adalah secara sukarela, kata hakim. Meskipun Ruan bersalah dari segi moral, tiada jenayah berlaku,” katanya lagi.